“Perdana menteri setuju luluskan..”

Oleh ROSLAN ZAMAN

Pejabat Perdana Menteri mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima perletakan jawatan kedua-dua menteri Ekonomi dan Sumber Asli.

Menerusi satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata, permohonan tersebut adalah daripada Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

“Setelah meneliti permohonan tersebut, YAB Perdana Menteri telah bersetuju meluluskan permohonan cuti kedua-dua menteri berkenaan.

“Sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklumkan kemudian oleh YAB Perdana Menteri,”katanya dala satu kenyataan.

Semalam Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad telah menghantar surat perletakan jawatan masing-masing selang 1 jam.

Berdasarkan permohonan tersebut, Rafizi melepaskan jawatannya berkuat kuasa 16 Jun depan, manakala Nik Nazmi pula pada 4 Julai.

baca: 1000 hari anwar