Pergi haji naik jet mewah, akhirnya Nurul Izzah buka mulut

Oleh ROSLAN ZAMAN

Sejak semalam, berlegar-legar cerita timbalan presiden Keadilan yang baru Nurul Izzah Anwar yang dikatakan bermewah-mewah menunaikan haji.

Ada juga yang mendakwa anak kepada Perdana Menteri itu menggunakan jet peribadi untuk terbang ke Mekah dari Malaysia.

Puteri reformasi di media sosialnya hari ini menjawab segala tomahan yang diterima beliau sejak semalam.

“Urusan logistik termasuk tempat tinggal dan pengangkutan diatur oleh agensi pelancongan berlesen, Mimm Travel. Kami menaiki penerbangan komersial dan menggunakan wang simpanan sendiri.

“Tiada jet peribadi seperti yang difitnah. Perjalanan dilakukan sama seperti jutaan jemaah haji lain,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Nurul Izzah di hantarannya juga berkata beliau menerima banyak mesej dan hantaran berhubung fitnah berkenaan, justeru sesuatu yang tidak benar dan jauh daripada hakikat sebenar perlu diperbetulkan.

Sementara itu beliau turut berkongsi pengalamannya yang sempat menghadiri sesi ilmu bersama Sheikh Dr Omar Suleiman, Dr Tahir Wyatt dan Ustaz Dr Mohd Amirul Hassan Ahmad Tajuddin di Madinah.

baca: Biasiswa petronas nurul izzah