Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa) menyatakan kebimbangan dan mencurigai segelintir orang Melayu yang berpendidikan tinggi dengan berfikiran liberal yang melakukan provokasi pandangan sebaliknya membantu musuh Islam bertepuk tangan.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau mencurigai golongan tersebut yang dakwanya terdiri daripada mereka yang menjadi ahli freemanson.
Beliau merujuk kepada kepada kumpulan G25 sebuah kumpulan Melayu dan kumpulan anti Islam yang menggunakan perkataan ‘Islam’ pada nama pertubuhan atau pergerakan perlulah di pantau kewujudannya di kalangan para cendiakawan dan ilmuan Islam sewajarnya.
“Mereka tanpa segan silu mempersoalkan hukuman ke atas kesalahawan khalwat dan berbagai perkara berkaitan syariat Islam.
“Seolah-olah kini ancaran terhadap Islam, Melayu dan Institusi Raja makin menjadi-jadi agar rakyat negara ini tidak terpengaruh serta tergugat akidah mereka bagi yang tidak mendalami pengetahuan tentang Islam itu sendiri,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dipetik ketika beliau berucap melancarkan Kelab Perkasa Jordin di Irbi, Jordan malam tadi.
Menurutnya lagi, ledakkan tekonologi maklumat terutama pepranan media sosial yang jelas anti Isa aatau gerakan melemahkan perpaduan umat Islam amat mencabar har ini.
“Fahaman pluralism seperti menyokong LGBT adalah jelas mencabar ajaran Islam.
“Hak Asasi Manusia atau Hak Demokrasi terbatal jika ada yang jelas bertentangan dengan Al-Quran dan hadith sahih,” demikian tegasnya.