Perkenal semula Cukai Barangan Mewah, kenakan duti eksais dalam Belanjawan 2023

Oleh KIM SYAZIE

Kerajaan mengambil pendekatan lebih progresif sebagai langkah baharu meluaskan asas cukai kepada mereka yang punyai kemampuan.

Pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani diketuai Perdana Menteri ke-10 yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan pada masa sama belum bercadang melaksanakan cukai kepenggunaan berasas luas seperti Goods and Services Tax (GST).

Dalam keadaan rakyat terbanyak masih susah, kerajaan melihat ini bukanlah ruang dan masa yang sesuai untuk memperkenal dan melaksanakannya

“Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang mewah. Antaranya jam tangan mewah dan barangan fesyen mewah.

“Selaras amalan terbaik antarabangsa, Kerajaan akan mengkaji untuk memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai tahun 2024 pada kadar yang rendah,” katanya.

Baca Artikel Penuh