Kuman yang melekat pada span pencuci pinggan sebenarnya boleh menyebabkan masalah pencernaan iaitu cirit-birit.
Membahayakan kesihatan, kenyataan itu dikongsikan Public Health Malaysia (PHM) menerusi satu hantaran di laman Facebook.
Menurut PHM, terdapat pelbagai jenis bakteria merbahaya dijumpai melekat pada span yang digunakan untuk membersihkan perkakas dapur.
Malangnya, bakteria yang boleh menyebabkan cirit-birit ini tidak dapat ‘dibunuh’ begitu sahaja dengan sabun pencuci pinggan.
Memberikan kesedaran kepada orang awam, PHM turut berkongsi cara yang betul untuk membersihkan span tersebut.
Selain direbus di atas dapur selama 5 minit, pengguna juga masukkan span ke dalam ketuhar gelombang mikro atau microwave.
Namun, span itu perlu diletakkan ke dalam air dan peluntur terlebih dahulu sebelum dipanaskan dalam microwave selama 2 minit.
Wajib ditukar tiga minggu sekali, pengguna juga perlu membeli span baharu untuk mengelakkan bakteria melekat pada alat pencuci pinggan itu.
“Kajian-kajian telah menunjukkan kuman masih wujud walaupun span direndam dalam sabun pinggan.
“Jika tidak menjaga kebersihan span dengan baik, anda dan keluarga akan berisiko mendapat cirit-birit jika tidak bernasib baik.” Kata PHM.
Baca juga: Tertelan cecair vape, kanak-kanak 2 tahun sawan, perlu bantuan penafasan