Perlu pertolongan masa makan dan pakai baju, ibu risau anak terlalu manja

Oleh KIM SYAZIE

Sebagai ibu bapa, pastinya mahu anak untuk belajar berdikari dan buat semua sendiri semasa proses pertumbuhan anak ke arah dewasa.

Namun seorang ibu di China ini ketakutan memikirkan anaknya yang berusia 10 tahun terlalu dimanjakan oleh datuk dan nenek.

Pekara ini berlaku selepas dia menghantar anaknya untuk menghabiskan cuti musim sejuk bersama datuk dan nenek sebelah bapanya.

Menurutnya, datuk dan nenek anaknya terlalu memanjakan cucu dalam segala hal dan apabila anaknya pulang dia tidak lagi makan atau berpakaian sendiri lapor Star Video.

Si ibu lebih terganggu apabila mendapati anaknya jarang bercakap, kerana datuk dan neneknya memenuhi sebarang tuntutan yang dibuatnya dengan cuba memahami ekspresi muka dan pergerakan matanya.

“Perlukah saya gembira kerana ramai orang menyayanginya, atau saya perlu memukulnya, mungkin saya terpaksa menutup mata terhadap masalah itu?” tanya ibu.

Baca Artikel Penuh