Perlukah Anwar bertemu dan berbincang dengan Tun Mahathir?

Oleh NASUHA RAHMAN

Perlukah Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) bertemu dan berbincnag dengan Tun Mahathir? Ramai menyatakan tidak perlu.

Mereka marah Tun kerana Tun Mahathir tidak melepaskan jawatan PM kepada DSAI seperti yang dijanjikan, menyokong Azmin Ali untuk menyaingi kepimpinan DSAI dalam PKR, tidak menunaikan manifesto PH, membuat pelantikan utama tanpa berbincang dengan Majlis PH, menganjurkan Kongres Maruah Melayu bersama Pas dan Umno untuk meremehkan DSAI dan PH, meletak jawatan PM tanpa berbincang dengan Majlis PH sehingga membawa kepada kejatuhan PH, dan banyak lagi.

Bagi mereka, adalah lebih bermaruah melihat PH kalah daripada bekerjasama dengan Tun Mahathir dan menggelar Tun sebagai Tokoh Khianat.

Mereka menyatakan Tun menanggung defisit kepercayaan rakyat yang besar kerana pengkhianatannya yang membawa kepada kejatuhan PH dan sejarah telah membuktikan Tun sanggup berbuat apa saja asalkan DSAI tidak menjadi PM. Jadi, mereka mengingatkan DSAI agar tidak lagi dipatuk ular di lubang yang sama.

Pertanyaannya, bolehkah PH menang tanpa bekerjasama dengan parti lain? Bekerjasama itu bukan bermakna berada dalam satu pakatan yang sama. Bekerjasama itu cukup sekadar electoral understanding untuk saling berkempen dan menyokong, dan untuk mengelakkan pertandingan bertindih.

Pada yang menolak pertemuan DSAI dengan Tun, nasihat saya, ketepikan emosi itu. PH tidak boleh terlalu yakin. Masing-masing DSAI dan Tun ada kelebihan dan kelemahan. Suka atau tidak, kedua-dua pemimpin ini sekali lagi perlu bekerjasama untuk menghalang BN/Umno menang dalam PRU ini.

Baca Artikel Penuh