Permohonan perlindungan insurans untuk rakyat Selangor sehingga RM10,000 seorang, kini dibuka

Oleh NASUHA RAHMAN

Permohonan perlindungan insurans untuk semua rakyat Selangor Skim Insurans Am Selangor (INSAN) kini dibuka memberi perlindungan sehingga RM10,000.

Sejumlah 6 juta rakyat dan penduduk di seluruh negeri Selangor adalah layak untuk menerima perlindungan sebanyak RM10,000 seorang sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya akibat kemalangan.

Insan adalah perlindungan insurans am berkumpulan dilaksanakan agensi Kerajaan Negeri, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI ia ditawarkan kepada individu berumur bermula dari 30 hari sehingga 80 tahun.

Permohonan perlindungan insurans untuk rakyat Selangor sehingga RM10,000 seorang, kini dibuka

Perlindungan insurans sehingga RM10,000 adalah untuk hilang keupayaan kekal dan kematian disebabkan kemalangan.
Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang www.wavpay.net .

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari mengajak rakyat mendaftar Skim Insurans Am Selangor (INSAN) yang dibuka mulai 1 Oktober 2022.

Skim perlindungan untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis bernilai RM60 bilion itu boleh didaftar sehingga 30 September 2023 dengan memuat turun aplikasi e-dompet Wavpay melalui App Store atau Google Play.

Baca Artikel Penuh