Permuafakatan Kerajaan Perpaduan jamin kestabilan politik, jana pertumbuhan ekonomi – Agong

Oleh MALAYSIADATELINE

Permuafakatan yang tercapai dalam kalangan pimpinan parti Kerajaan Perpaduan membolehkan negara menjana pertumbuhan ekonomi yang menjamin kesejahteraan rakyat selain dapat mewujudkan kestabilan politik.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah ia selari dengan hasrat Seri Paduka untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan utuh.

Seri Paduka yang menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 dan barisan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan, turut meminta semua pihak berlapang dada dengan hati terbuka untuk menerima serta menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Baca Artikel Penuh