Pernah lalui perkara sama, Intan Saleh nasihat wanita untuk ada pendapatan sendiri

Oleh KIM SYAZIE

Pernah lalui perkara sama yang dihadapi Nurul Shuhada, usahawan Intan Liana Saleh menasihatkan para wanita untuk ada kewangan sendiri.

Bagi Intan, masa depan tidak boleh diramal, jika ada perkara buruk berlaku dalam hubungan, kita mampu untuk berdiri atas kaki sendiri.

“Macam saya memang dulu bermula dengan ‘zero’, tiada apa-apa. Samalah macam Shu (Shuhada).

“Jadi apa yang saya boleh nasihat berdasarkan pengalaman adalah rezeki itu akan ada untuk kita. Jangan takut, pada masa depan kita akan lebih bahagia,” katanya seperti dipetik OhBulan.

Intan mengaku pada awalnya merasa ‘down’, kerana bergantung soal kewangan pada individu lain. Ada yang memilih untuk bergantung pada suami namun baginya tidak salah ada kewangan sendiri.

“Sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Kita perlu teruskan (bagi yang mula cari nafkah sendiri) sedikit demi sedikit.

“Walaupun kini saya sudah berkahwin, saya tetap teruskan perniagaan. Boleh juga untuk bantu suami dan keluarga,” tambahnya.

Buat para wanita, tidak salah untuk bekerja dan menyimpan duit kerana masa depan tidak dapat diramal apatah lagi hati manusia.

Baca juga: Lagu penyamun ‘Hoi Hoi Ya Hoi’ makan diri? Altimet kata dia langsung tak rasa tersindir