Pernah memiliki kelab malam, jutawan muda ini pilih untuk peluk Islam

Oleh WAN SITI AMINAH

Berjaya menjadi jutawan di usia yang muda tidak membuatkan hidup Alfred William Best Jr tenang, malah sentiasa kosong dan hilang arah.

Hidup bergelumang dengan kemewahan, jejaka yang berasal dari London, United Kingdom itu berasa ada sesuatu yang hilang dalam dirinya.

Namun segala-galanya berubah pada saat lelaki yang berusia 36 tahun itu bercuti bersama rakan-rakannya dengan menaiki helikopter.

Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam masjid, hijrahnya bermula apabila ibu kepada salah seorang rakannya itu ingin memeluk Islam.

Ketika menyaksikan wanita itu mengucapkan dua kalimah syahadah, Alfred dapat merasakan satu ketenangan yang dicarinya selama ini.

Alfred kemudian mula membaca kitab suci al-Quran dan mempelajarinya sebelum membuat keputusan untuk memeluk Islam.

Mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah, lelaki itu sentiasa berasa tenang setiap kali selepas selesai menunaikan ibadah solat.

“Saya rasa sangat selesa bangun pagi dan berdoa, itu (solat Subuh) menghilangkan stress atau tekanan.

“Bekerja siang hingga malam, saya tidak dapat menjelaskannya. Tetapi setelah solat saya berasa lega. Seperti telah menyelesaikan sesuatu yang penting,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, Alfred merupakan pemilik taman termuda di negaranya selepas membelinya sewaktu berusia 17 tahun.

Menjual kelab malam miliknya, Alfred menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk membeli taman tersebut.

Baca juga: Minum sampai mabuk, lelaki terlupa majlis kahwin sendiri