Pastinya ramai berimpian mahu menderma sebanyak mana boleh kepada golongan yang memerlukan terutamanya kepada peniaga lebih berusia.
Buat pelawak dan usahawan, Ajak mengakui dirinya pernah berniaga di tepi jalan satu ketika dahulu.
Menerusi video di TikTok, Ajak memuat naik video pasangan warga emas yang menjual ayam percik di tepi jalan.
“Hari tu ternampak mak cik dengan pak cik ni meniaga. Sekali sembang-sembang terdengar dia panggil suami dia Ayang, suami dia pula panggil dia Manja.
“Rasa cemburu, mereka kaya dengan kasih sayang, semoga Allah kurniakan kesihatan buat mereka berdua,” kongsinya di TikTok.
Baginya, dia pernah merasa gembira apabila jualan terhabis sewaktu meniaga dahulu dan bersyukur dikurniakan rezeki lebih untuk berkongsi rezeki bersama orang lain.
” Ajak pernah juga meniaga tepi jalan macam mereka sewaktu kecil dahulu. Berbunga hati kalau jualan habis, boleh balik main dengan kawan-kawan.
“Sekarang Alhamdulillah, Allah bagi team yang bagus untuk berniaga, ni pun guna duit Bumbu Babah sebab memang dah niat.
“Aku bukan fikir nak untung sangat, asalkan tak rugi kira ok dah,” tambahnya.
Jelas terlihat Ajak memberikan beberapa keping not RM50 yang disambut dengan tangisan oleh peniaga serta menadah tangan untuk berdoa.
Baca juga: Mamat Sepah mohon maaf isu video tular, ini respon Syamsul Debat – “Kita borak okay aje”