Pernah tular sebab minta selipar sahaja masa nikah, bekas isteri kantoi curang dengan 5 lelaki

Oleh KIM SYAZIE

Tular sebelum ini mengenai pasangan di Indonesia yang dinikahkan dengan selipar dan air kosong sebagai mas kahwin.

Yudi Anggata dan Helmi Sumiati memilih untuk berkahwin ketika dunia sedang dilanda pandemik lapor Wolipop.

Namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun selepas si wanita kantoi curang dengan suaminya.

Menurut Yudi, bekas isterinya itu pernah curang dengan lima lelaki dengan memberi alasan mahu pulang ke rumah ibu bapanya.

“Dia juga ada bercakap perkara buruk mengenai ibu bapa saya.

“Helmi juga telah berkahwin dan bercerai sebanyak dua kali selepas itu. Kawan-kawan memberitahu bahawa dia telah menjadi model,” ujarnya.

Pada 2020, kisah Yudi dan Helmi menjadi tular di media sosial Indonesia kerana lelaki itu menyerahkan sepasang selipar selain segelas air kosong kepada Helmi sebagai mas kahwin.

Baca juga: Akhirnya Malaysia diiktiraf dunia, tersenarai sebagai negara Islam paling ‘perform’