Biarpun Naim gagal membawa pulang sebarang anugerah pada AJL37, namun persembahan memukau penyanyi berbakat ini terus menjadi bualan.
Naim menampilkan kelainan apabila mempersembahkan lagu berjudul Mainan dengan gaya tergantung di atas pentas.
Persembahan yang tidak dijangka itu membuatkan ramai bersorak kerana tidak menyangka dia akan menyanyi dalam keadaan terbalik dan posisi tergantung sepanjang nyanyiannya.
“Naim Daniel tahu bagaimana untuk meninggalkan kesan yang baik (good impressio) kepada kami dengan persembahannya,” komen netizen.
Untuk rekod, ini merupakan kemunculan ketiga Naim di pentas AJL selepas kali pertama berentap menerusi lagu Sumpah pada AJL34 pada 2020.
Lagu Terus Hidup nyanyian Aina Abdul berjaya merangkul anugerah utama AJL37 sekali gus melayakkan penyanyi itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.
Naib juara AJL37 menjadi milik lagu Satu Malam Di Temasek nyanyian Sonaone dan Joe Flizzow yang dicipta sepenuhnya oleh kedua-dua penyanyi itu. Kemenangan itu sekali gus melayakkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi.
Lagu yang memenangi tempat ketiga pula menjadi milik Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 beserta trofi.