Persenda kaum India, astro rehatkan penyampai 3 pagi EraFM

Oleh ROSLAN ZAMAN

Susulan kontroversi bermain isu kaum di siaran pagi EraFM, penyampai radio 3 Pagi Era Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin direhatkan daripada program itu.

Video yang dianggap mempersendakan kaun india itu telah diturunkan dalam platform media sosial stesen itu. Dalam rakaman tersebut memaparkan seorang penyampai meniru tarian kavadi, sambil menyebut ‘Vel Vel yang dibalas dengan gelak tawa oleh mereka yang ada dalam video tersebut.

Klip itu mengundang kritikan meluas dengan kebanyakan ia berupa penghinaan kepada tradisi Hindu iaitu upacara suci dilakukan ketika Thaipusam kepada Dewa Murugan.

Astro Audio dalam dalam kenyataannya berkata pihaknya kesal dengan insiden rakaman video mempersenda tarian kavadi Hindu melibatkan penyampai mereka.

“Sebagai sebuah syarikat penyiaran bertanggungjawab, kami memandang serius perkara ini.

“Selepas pertimbangan teliti, kami memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga individu tersebut dari ke udara sehingga diberitahu kelak, sementara kami menjalankan siasatan dalaman ke atas insiden ini,” katanya.

Sebelum ini, penyampai slot 3 pagi Era FM memohon maaf atas video tersebut dan mengakui mereka tidak sensitif, terutama kepada masyarakat India.

baca: “Isteri, Akiko Okumura telah pergi meninggalkan saya dan anak selamanya” – Ridzokumura