‘Personal shopper’ licik, pempengaruh rugi lebih RM200k, tak sangka ini yang dia buat!

Oleh MAISARAH AISYA

Penipuan resit bayaran dalam talian semakin canggih, di mana penipu guna resit palsu untuk menipu mangsa tentang pembayaran.

Kaedah ini digunakan untuk mengelirukan penjual dan ia boleh menyebabkan kerugian besar dan merosakkan kepercayaan untuk perniagaan dalam talian.

Bukan satu resit ditipu, pempengaruh media sosial dan juga usahawan Kunafah Aiwahh, Ojen Aiwah tak menyangka dirinya ditipu oleh seorang wanita yang menawarkan khidmat sebagai personal shopper.

“Saya telah menjadi mangsa scam oleh salah seseorang yang menawarkan khidmat PS (Personal Shopper) Kunafah Aiwahhh sebanyak hampir suku juta

“Setakat hari ini wanita Sabahan berumur 35 tahun ini telah memperdaya sebanyak RM246,611 menggunakan resit palsu.

“Salah laku dilakukannya adalah menukar dan mengedit resit palsu, scam melalui pindahan wang dan bukan QR Pay.

“Wanita ini terlalu licik dan bijak, resit palsu tu memang sebijik resit sebenar tarikh, masa, minit dan jumlah pembelian semua sama.

“Rupa-rupanya, dia adalah bekas seorang banker di salah satu bank di Sabah dan udah dibuang kerja,” ujarnya di TikTok.

Ojen memaklumkan dia kerugian hampir RM250,000 selepas ditipu selama tempoh lapan bulan dan berjaya mengumpul lebih 200 resit pembayaran yang kesemuanya disahkan palsu.

Penipuan tersebut dipercayai dilakukan menggunakan aplikasi suntingan untuk memalsukan bukti transaksi.

“Selama lapan bulan dia buat kerja ni. Saya dan staf penat berniaga, nak patah tulang belakang bakar kunafah. Tapi saya percaya, Allah akan bantu dan ada hikmahnya

“Saya akan pastikan dia meringkuk dalam penjara dan tidak dapat lagi meneruskan modus operandinya. Saya tak mahu peniaga atau orang lain pula menjadi mangsa selepas ini,” tegasnya.

Menurutnya lagi, dia telah mendapatkan nasihat daripada pihak polis mengenai tindakan untuk mendedahkan identiti wanita tersebut.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa tindakan itu adalah dibenarkan kerana kes melibatkan dirinya secara langsung.

“Namun buat masa ini, saya masih bertimbang rasa untuk ‘censored’ muka beliau. Saya beri tempoh sehingga hari Selasa ini untuk dia membayar semula sebanyak RM64,000. Jika gagal, saya akan viralkan wajahnya,” jelasnya.

Setakat semalam, wanita tersebut telah melunaskan sejumlah RM69,300. Namun Ojen menegaskan bahawa fokusnya kini bukan lagi kepada wang semata-mata, tetapi memastikan pengajaran diberikan dan keadilan ditegakkan.

“Saya dah tak heran pasal duit dah. Yang penting, dia kena ke lokap. Kalau saya tak ambil tindakan, berapa ramai lagi yang akan jadi mangsa? Ini bukan kes kecil, ini penipuan berskala besar,” tegasnya.

Baca juga: Sajat luah hasrat mahu tunai umrah lagi, akan berpenampilan sebagai lelaki kali ini