Pertama kali sambut Raya, Angeline Tan anggap tak perlu belanja besar, pakai apa sahaja yang ada

Oleh MAISARAH AISYA

Pertama kali menyambut bulan Syawal sebagai orang baru memeluk Islam, pelakon Ardini Angeline Tan mengakui semua persiapan di kadar biasa dan tidak berlebihan.

Bagi Ardini Angeline, dia mengakui dirinya seorang yang simple dan boleh makan apa sahaja masakan Melayu lapor Harian Metro.

“Saya pun tak beli apa-apa sangat persiapan untuk sambut Hari Raya kerana akan memakai baju yang belum atau jarang dipakai sebelum ini.

“Hari Raya bukan alasan untuk berbelanja besar,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Teruja sambut Raya dengan isteri

Buat si suami dan juga pelakon Sabri Yunus mengakui dirinya berasa teruja untuk menyambut Aidilfitri di Kelantan bersama isteri dan anak-anak.

“Tentunya rasa lebih teruja sebab kali ini bukan saya seorang sahaja ada isteri, anak-anak juga ada emak. Dan adik beradik saya ada kakak ipar, mak saya ada menantu.

“Bermakna Hari Raya bukan sahaja buat kami berdua tapi juga buat keluarga. Saya memang berniat nak balik beraya di Kelantan. Rasanya kemeriahan itu biasa.

“Tapi kemeriahan rasa sebenarnya yang dirasai kami. Saya bawa isteri saya ke rumah saya, Angeline Tan, seorang orang Cina Malaysia.

“Kalau Cina dari negara China mungkin ada masalah,” ujar Sabri.

Tak pernah raya di bandar

Tambah Sabri, dia tidak pernah menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur dan memilih beraya di kampung.

“Saya akan beraya dengan anak-anak dahulu. Selepas itu barulah akan bertolak ke Kelantan. Anak-anak juga akan turut serta menaiki kenderaan masing-masing,” tambahnya.

Baca juga: Cium dahi isteri sebelum naik pentas, Beto akui terbiasa, tiada niat menunjuk kemesraan