‘Pertama kali tengok air tak rasa haus’, netizen geli hati lihat lelaki buat air tomyam soda

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pengguna TikTok menjadi bualan ramai selepas mencipta resipi air yang agak pelik iaitu tomyam soda.

Minuman itu diletakkan air bekarbonat dan bahan-bahan membuat tomyam seperti bawang merah, bawang putih, serai, daun limau, cili merah, cili hijau dan perahan limau nipis

Individu menggunakan akaun @capikkkkkk turut menunjukkan bukti dia meminum minuman itu.

Difahamkan, tomyam soda adalah minuman yang sedang hype di media sosial.

Di ruangan komen individu itu pula, memang tidak kering gusi melihat komen-komen yang ditinggalkan pengguna.

Mereka antaranya berseloroh, meminta pemuda itu menambahkan pes tomyam untuk melengkapkan rasa pada air itu.

Ada juga yang berkata, selepas mereka melihat video tersebut mereka tidak lagi dahaga, bahkan terliur juga tidak.

Mereka juga bertanya apa rasa air itu, “Rasa dia jahat tak?”, tulis pengguna TikTok.

“Pertama kali tengok air tak rasa haus”

“Dr Rafidah masuk Dr Rafidah,” seloroh yang lain.

Baca juga: Lelaki bujang tak mampu beli rumah walau gaji RM10,000, rupanya ini punca masalahnya