Jawatankuasa Rayuan Penamatan Proklamasi Darurat akan menganjurkan pertandingan nyanyian lagu tamat darurat yang terbuka kepada semua warganegara berumur 18 tahun ke atas.
Pengerusinya, Khalid Samad berkata, pertandingan itu diadakan selepas jawatankuasa selesai menilai 10 buah lagu yang telah disenarai pendek.
“Orang ramai dan para penyanyi yang berminat boleh mendendangkan salah satu lagu tamat darurat sama ada juara lagu, Hentikanlah atau lagu asal Hentikan Darurat yang dicipta ketua juri iaitu Othman Mohamed
“Pihak Jawatankuasa pertandingan akan menyiarkan lagu minus one melalui laman Facebook tamat darurat bermula pagi ini.
“Tuan/Puan boleh menyanyikan lagu tersebut berdasarkan minus one tersebut. Jawatankuasa pertandingan juga akan menyediakan seni kata buat kedua-dua lagu tersebut,” katanya.
Sebelum ini, pertandingan cipta lagu yang dilancarkan sejak 6 Jun lalu diadakan bagi merancakkan lagi kempen agar darurat ditamatkan.
Bagi pertandingan nyanyian ini pula, tarikh tutup penyertaan adalah pada jam 12 malam, 28 Jun 2021.
Sementara itu Khalid berkata, juara pertandingan ini akan menerima hadiah RM1,500, kedua RM1,250, ketiga RM1,000 manakala RM200 bagi tujuh hadiah saguhati.
Juara pertandingan ini juga katanya akan berpeluang membuat satu single lagu tamat darurat.
Keputusan pertandingan menyanyi lagu tamat darurat akan diumumkan pada jam 11 pagi 31 Julai 2021 iaitu sehari sebelum Darurat ditamatkan pada 1 Ogos 2021.
Syarat-syarat penyertaan adalah sebagaimana berikut:
1. Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas sahaja layak menyertai pertandingan ini.
2. Peserta tidak terlibat dengan mana-mana syarikat rakaman.
3. Peserta yang pernah memenangi pertandingan nyanyian yang diiktiraf tidak layak untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
4. Peserta dibenarkan untuk bertanding secara individu atau berkumpulan.
5. Hanya nyanyian dalam Bahasa Malaysia sahaja akan diterima
6. Keputusan para juri adalah muktamad.
Audio nyanyian dalam format MP3 hendaklah dihantar kepada jawatankuasa pertandingan sebelum tarikh tutupnya melalui email; [email protected] atau Whatsapp: 011-21263812
Sila sertakan,
Nama Lagu :
Nama Penuh :
No Kad Pengenalan :
No Telefon :