Pernah tak tiba-tiba perut rasa memulas selepas minum air berais, terutamanya dari restoran atau gerai makan? Ramai yang anggap ais tu selamat sebab nampak bersih dan sejuk.
Tapi tak ramai yang tahu sebenarnya jenis air yang digunakan untuk buat ais boleh memberi kesan besar pada kesihatan kita.
Kalau ais tu dibuat guna air paip yang tak dimasak, risiko untuk kita kena cirit-birit, keracunan makanan, atau sakit perut memang tinggi.
Sebab itulah penting untuk kita tahu cara nak bezakan ais yang dibuat dari air masak atau air paip, terutama bila makan di luar.
AIr paip mengandungi bakteria Escherichia Coli (E.coli) yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Dalam kes yang sangat teruk, ia boleh menyebabkan radang usus terutama sekali pada kanak-kanak dan warga tua.
Bagi mereka yang sering menjaga kesihatan atau baru belajar untuk gaya hidup lebih sihat, ini cara mudah untuk bezakan ais.
Ais mentah
Pertama sekali adalah perhatikan warna ais. Ais daripada air paip berwarna putih kerana masih banyak gas terperangkap di dalamnya.
Ais jenis ini tidak sesuai diminum dan selalunya digunakan untuk menyejukan lauk mentah di pasaraya.
1. Perhatikan kejernihan ais
Ais dari air masak selalunya lebih jernih dan lutsinar, kerana bahan-bahan asing dan kekotoran telah dibuang melalui proses mendidih atau penapisan.
Ais mentah pula biasanya kelihatan agak keruh atau keputihan, disebabkan oleh kandungan mineral, klorin, atau kekotoran dari air paip.
2. Bentuk dan tekstur ais
Ais dari air masak sering dibuat dengan lebih teliti, contohnya dalam bentuk kiub ais yang sekata dan keras.
Ais mentah yang biasa digunakan di kedai makan atau gerai tepi jalan sering kali datang dalam bentuk tubular (berlubang di tengah), licin, dan mudah cair, ini biasanya dari kilang ais besar, yang mungkin guna air paip tanpa rawatan khas.
3. Bau pada ais
Walaupun sukar dikesan, kadang-kadang ais mentah boleh mempunyai bau klorin atau “logam” yang halus, terutama jika dibiarkan cair sedikit.
Ais dari air masak biasanya tidak berbau.
4. Rasa bila dicampur dalam minuman
Jika minuman berais anda rasa sedikit ‘pelik’, payau, atau berbeza dari biasa, besar kemungkinan ais yang digunakan berasal dari air paip mentah.
Ais dari air masak tidak akan mengubah rasa minuman.
Baca juga: Safwan Nazri terkejut dengar harga baju dan beg Cik B, lebih mahal dari Honda City!