Sebuah pesawat pengangkut jenis CN-235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebentar tadi tergelincir dari landasan.
Kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) itu mencetuskan suasana panik dikalangan mereka yang melihat secara langsung.
Insiden yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu menyebabkan landasan utama KIA ditutup serta-merta untuk tujuan keselamatan.
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengesahkan kejadian dan memaklumkan bahawa penutupan landasan dilakukan bagi membolehkan pemindahan pesawat dan kerja pembersihan dijalankan.
Pihak MAHB berkata, notis kepada Anak Kapal Udara (NOTAM) telah dikeluarkan dan penutupan ini dijangka berterusan sehingga jam 3 petang hari ini.
Tambah MAHB lagi, notis tambahan berkenaan operasi semula lapangan terbang akan diberitahu semula.
“Pihak lapangan terbang akan memberikan maklumat terkini sebaik landasan diisytiharkan selamat dan dibuka semula untuk operasi penerbangan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).”, kata MAHB lagi.