Satu petisyen berhubung Pengampunan Diraja untuk membebas dan melepaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilancarkan sejak dua hari lalu.
Petisyen yang dilancarkan di platform change.org. itu adalah “Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan”.
Sehingga kini petisyen yang digerakkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu sudah meraih lebih 150,000 tandatangan yang membantah pengampunan diraja terhadap Najib.
“Ampun Tuanku, sebagai rakyat, patik-patik sekalian berasa sengsara dengan kesan korupsi oleh mereka yang diberi mandat membangun negara ini tetapi sebaliknya memenuhkan tembolok sendiri dengan kekayaan negara.
“Walaupun mungkin Najib tidak malu dengan perbuatannya, patik-patik sekalian rakyat terpaksa hidup menahan malu kerana negara terpalit sebagai kes kleptokrasi terbesar di dunia,” kata petisyen itu.
Sementara itu, ada juga petisyen yang mahu Najib dibebaskan.
Namun petisyen “Bebaskan Najib Razak Melalui Pengampunan Diraja” hanya mencatatkan kurang 16,000 dengan sasaran sebanyak 25,000
Kedua-dua petisyen memberi penjelasan tersendiri berhubung Pengampuan Diraja berkenaan.
Antara isu yang disentuh dalam pestisyen yang membantah pengampunan itu adalah berhubung kesan rasuah yang memberi kesengsaraan dan perasaan malu bagi rakyat.
Sementara bagi petisyen menyokong, isu yang diketengahkan adalah berhubung dakwaan ketidakadilan perbicaraan serta kepincangan sistem kehakiman dalam kes SRC dihadapi Najib.
Baca juga: Tamak haloba, pemilik rumah sanggup jadikan ruangan balkoni sebagai ‘bilik sewa’