PH Johor janji 3 teras dalam Tawaran Tindakan, termasuk bina semula ekonomi rakyat

Oleh NASUHA RAHMAN

Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini melancarkan Tawaran Tindakan (TT) Pakatan Harapan Johor yang menggariskan tiga teras utama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Teras itu ialah membina semula ekonomi rakyat, menjamin kesejahteraan rakyat dan mewujudkan pentadbiran bersih, cekap dan bermaruah.

Pengerusinya, Aminolhuda Hassan yang juga Pengerusi Amanah Negara (AMANAH) Johor berkata, PRN Johor 2022 memberi peluang kepada rakyat Johor untuk memilih kerajaan selama lima tahun.

“Ada tawaran-tawaran yang kita kemukakan pada pilihan raya umum ke-14 yang tidak pernah ditawarkan kerajaan BN ketika memerintah sepanjang 60 tahun.

“Contohnya air percuma, Kad Sihat, insentif Siswa Harapan kita tambahkan jumlah bilangan kepada mahasiswa dan juga Takaful Warga Emas, di mana sebahagian yang kita tawarkan ini dibatalkan atau tidak diteruskan,” kata beliau.

Antara teras utama adalah Kad Sihat Johor merupakan kad perubatan yang menawarkan subsidi untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta bagi keluarga dan individu berpendapatan rendah.

Baca Artikel Penuh