Minggu lalu tular sebuah video yang dimuat naik seorang mahasiswa berkenaan fasiliti di sebuah asrama universiti awam yang berada dalam keadaan daif serta usang.
Antara yang dirakamkan termasuklah cat di tandas yang sudah terkopek dan menghitam, cermin tandas berkulat dan dinding tempat jemuran baju yang sudah usang.
Difahamkan, universiti tersebut terletak di Pantai Timur sehingga mendapat perhatian pengguna media sosial yang khuatir dengan keselesaan dan keselamatan para mahasiswa.
Bagaimanapun menerusi perkongsian terbaru mahasiswa terbabit di TikTok, pihak pengurusan universiti difahamkan sudah melakukan pembaikan dengan mengecat semula dinding-dinding usang.
Menerusi video berdurasi 13 saat dikongsikan @miyyaa01, dapat dilihat dinding tandas dan tempat menjemur pakaian sudah pun dicat semula dengan warna putih.
Cermin tandas juga telah ditanggalkan oleh pihak universiti.
Pada masa sama, mahasiswa itu turut mengucapkan terima kasih kerana bertindak pantas selepas keluhan pelajar tular.
Di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan proaktif universiti selain memuji mahasiswa yang menularkan keadaan asrama yang usang.
Baca juga: Baru tahu ada petua elak jagung rebus mengecut, dijamin manis jika tambah 1 bahan ini!