Rakyat dalam negara ini diseru supaya mengutamakan pemimpin yang mengutamakan epentingan golongan marhaen menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 kali ini.
Pengerusi Pertubuhan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Abdullah Mohamed Nor menyeru supaya memilih pemimpin yang dapat menyelami kesusahan rakyat sehinggakan mereka sanggup berkongsi kesukaran yang dihadapi golongan yang memerlukan.

“Rakyat mesti diutamakan setelah ramai yang terkesan dengan hidup melarat, tiada pendapatan yang mencukupi, tiada peluang kerja, bertambahnya pengangguran di kalangan lepasan universiti dan kenaikan harga barangan.
“Janganlah pilih mana-mana pemimpin yang tidak amanah atau tidak mampu untuk membela rakyat sebagai pemimpin menjelang PRU November kerana ramai rakyat di bawah mengharapkan nasib mereka di beri. pembelaan.
“Kasihan penduduk di kampung, penoreh getah, pesawah padi, nelayan dan seumpamanya hidup umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
“Ada yang terpaksa mengikat perut kerana tidak cukup duit belanja setiap hari dan mereka amat mengharapkan pembelaan termasuk sara hidup,” ujar beliau ketika ditemui semasa menyantuni ahli Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia Pulau Pinang di Paya Keladi Masjid, Kepala Batas.