Tular video penyanyi Mamat Exists dengan badan yang agak kurus menyanyi di sebuah restoran di Johor.
Mulalah netizen meninggalkan komen seperti Mamar mengambil bahan terlarang kerana dirinya dilihat terlalu kurus dan nampak tidak sihat.
Memetik Harian Metro, video tersebut sebenarnya sudah lama dan dirakam semasa dirinya dalam keadaan tidak bersedia dan bukanlah seperti tuduhan netizen.
“Saya tahu macam-macam orang cakap mengenai saya selepas tularnya video itu. Tapi, saya biarkan saja dan tak layan pun sebab saya berada dalam keadaan sihat serta tahu situasi sebenar ketika video itu dirakam.
“Itu video lama sebenarnya dan hanya tular baru-baru ini. Pada ketika itu (video dirakam), saya memang dalam keadaan tidak bersedia.
Jadi, disebabkan itulah orang lihat saya lain dan nampak macam tak berapa sihat,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Menurut Mamat, keadaan dirinya itu tidaklah seteruk yang terakam dalam video tersebut ditambah pula dengan faktor usia.
“Sebenarnya kadang-kadang saja akan datang sakit. Mungkin dalam tiga bulan hanya sekali, tapi biasalah dengan faktor umur begini. Sakit pun yang biasa-biasa macam demam dan bukanlah penyakit misteri.
“Saya juga makan seperti biasa, cuma kadang-kadang yang tak makan sebab tak ada selera.
“Maklumlah, saya duduk seorang, jadi makan memang tak ikut masa, hanya kalau lapar baru makan,” ujarnya.
Tidak mahu memberi maklum balas atas komen netizen, Mamat memilih untuk mendiamkan diri dan tidak membesarkan isu yang remeh.
“Kalau saya komen bukan-bukan nanti, perkara ini akan jadi lebih besar. Jadi daripada saya terguris hati sendiri, lebih baik diam.
“Kalau teruk (komen) sekalipun, saya hanya biarkan saja sebab kadang-kadang apa dikatakan netizen itu hanyalah andaian mereka,” tambahnya lagi.
Netizen seharusnya lebih berhati-hati dalam membuat andaian apatah lagi terhadap kehidupan artis kerana kita tidak tahu apa yang berlaku disebalik kamera.
Baca juga: Terkejut tengok keadaan terkini Mamat Exists, netizen syak ada sesuatu tak kena