Pinjam bank guna KWSP, ini yang perlu anda tahu

Oleh MALAYSIADATELINE

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) yang akan dilaksanakan dalam dua fasa, bermula 7 April bagi fasa satu. 

Menurut KWSP dalam kenyataan hari ini, ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon menerusi bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN), selain mempertimbangkan penyertaan lebih banyak bank.

“Semasa fasa satu, yang akan bermula pada 7 April dan kekal dibuka selama setahun, ahli yang layak berumur 40 tahun ke atas boleh memohon, tertakluk kepada kesediaan bank yang mengambil bahagian,” menurut KWSP.

Baca Artikel Penuh