Plus bagi izin guna lorong kecemasan kalau trafik sesak masa raya, tapi kena tahu dulu lorong yang mana

Oleh KIM SYAZIE

Ramai masih belum tahu ada beberapa lorong kecemasan yang biasa digunakan oleh penunggang motor, sebenarnya boleh digunakan oleh pengguna lebuh raya lain terutama pada waktu puncak.

Jika digunakan pada waktu-waktu itu, ia tidak akan menjadi kesalahan namun anda perlulah tahu lorong kecemasan mana yang dibenarkan untuk dilalui.

Bukan semua tau. Lorong paling kiri atau lorong kecemasan yang dibenarkan untuk dilalui oleh kereta ini disebut sebagai Smartlane.

Menurut PLUS Malaysia, Smartlane adalah pengaktifan lorong paling kiri di lebuhraya PLUS di beberapa laluan kritikal di lebuh raya.

Inisiatif ini bertujuan untuk menambah kapasiti lorong di lebuh raya terutama di laluan-laluan terbabit dan ia bagi menyuraikan aliran trafik untuk mengurangkan kesesakan.

Laluan ini hanya akan diaktifkan pada waktu-waktu puncak di lokasi-lokasi tertentu, ketika kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, musim perayaan di lokasi-lokasi tertentu dan sewaktu berlakunya kejadian hal-hal di luar jangkaan.

Baca Artikel Penuh