PM Anwar cadang kurnia pingat, elaun khas kepada petugas SMART di Turkiye, Syria

Oleh MALAYSIADATELINE

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencadangkan supaya semua petugas Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang berkhidmat dalam misi menyelamat mangsa gempa bumi Turkiye dsn Syria diberikan elaun khas.

Anwar berkata ia termasuk memberikan sijil penghargaan serta pingat khidmat khusus sebagai menghargai pengorbanan serta komitmen petugas terlibat.

“Saya akan bincang dengan Perbendaharaan (mengenai kadar bayaran) mengikut tempoh mereka bertugas,” kata ketika pada sesi Penerangan Menteri-Menteri di bawah Peraturan 14 (1)(i) berhubung lawatan ke Turkiye pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Isnin lepas, Anwar berlepas ke Turkiye bagi menyatakan sokongan moral kepada Presiden Reccep Tayyip Erdogan dan rakyat negara itu yang dilanda gempa bumi awal minggu lepas sehingga mengorbankan puluhan ribu nyawa.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata beliau telah memberi persetujuan supaya pasukan SMART yang sepatutnya berada hanya dua minggu di sana (Turkiye) untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka atas permintaan Erdogan.

Pelanjutan tempoh itu katanya perlu, kerana masih terdapat ribuan jenazah mangsa yang tertimbus dan memerlukan masa serta lebih tenaga manusia untuk mengeluarkan mangsa.

Baca Artikel Penuh