PM Anwar diberi sambutan rasmi di Istana Malacanang

Oleh MALAYSIADATELINE

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Ferdinand Marcos Jr, yang lebih dikenali sebagai “Bong Bong”, di Istana Malacanang hari ini, pada permulaan lawatan rasmi dua hari beliau ke Filipina.

Setibanya di istana yang juga pejabat rasmi Presiden Marcos, Anwar yang memakai baju batik dan bersongkok diberikan sambutan permaidani merah oleh pemimpin Filipina itu.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan wanita pertama Filipina, Marie Louise Araneta Marcos.

Setelah lagu kebangsaan Malaysia Negaraku dan Filipina, Lupang Hinirang (Tanah Terpilih) dimainkan diikuti 19 das tembakan hormat, Anwar dengan diiringi Marcos memeriksa kawalan kehormatan yang dibarisi 165 angkatan tentera Filipina.

Perdana Menteri kemudiannya diperkenalkan kepada barisan anggota Kabinet Filipina.

Anwar diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Ewon Benedick dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Baca Artikel Penuh