Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendoakan agar presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dikurniakan kesihatan baik yang berterusan meskipun berpegang kepada jalur politik berbeza.
“Mendoakan kesihatan yang berterusan buat Ustaz Hj Hadi, Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di laman X pagi Rabu.
Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang menjalani rawatan pasca pembedahan jantung di Institut Jantung Negara.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Hadi yang juga anaknya, memaklumkan bahawa rawatan yang dijalani presiden Pas itu telah berjaya dilaksanakan.
Pendirian Perdana Menteri adalah selaras dengan nilai ihsan dalam gagasan Malaysia Madani.
Sebelum ini kecoh di media social apabila Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyiarkan gambar lawatan beliau menemui Hadi di IJN.
Para penyokong Hadi membantah kononnya Naib Presiden Amanah itu mendedahkan keberadaan Hadi IJN yang sepatutnya dirahsiakan.
Namun, para netizen kemudiannya mendedahkan bahawa menantu Hadi yang mula-mula menyiarkan gambar Hadi di IJN.