PM umum inisiatif tambahan Belanjawan 2023

Oleh MALAYSIADATELINE

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beberapa inisiatif tambahan dalam Belanjawan 2023.

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini berkata inisiatif tambahan baharu itu melibatkan bantuan Aidilfitri, melanjutkan pelepasan cukai individu dan berkaitan peruntukan kredit perumahan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

“Memandangkan keadaan hidup rakyat ini masih terasa… saya teliti mana kohort yang tidak peroleh manfaat sebelum ini, masih ada masalah terutama pada bulan Ramadan dan Aidilfitri.

Baca Artikel Penuh