Polemik Covid-19 di Selangor: Hujah dengan fakta, bukan Semberono

Oleh KIM SYAZIE

Saya sebenarnya malas melayan kebodohan dan keangkuhan yang jelas tepapar di dalam polemik kosong terhadap Selangor dan Selangor Task Force on Covid-19 (STFC).

Kita dididik untuk berhujah dengan fakta bukan hentam semborono. Amat besar kecaman Allah terhadap mereka yang berbincang mengenai sesuatu (dalam konteks tulisan saudara ini mengenai Covid-19 di negara kita khusus di Selangor) tanpa berasaskan bukti dan ilmu yang nyata.

Allah berfirman di dalam Surah Isra’ ayat 36: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

Mungkin saya boleh ambil beberapa contoh untuk menunjukkan kedangkalan tulisan saudara kita ini.

Dia mendakwa: “Apabila KKM perkenalkan MySejahtera, mereka pula perkenalkan Selangkah. Timbul masalah pula mengenai data-data dgn KKM. Bergaduh pula dgn KKM”.

Selangkah merupakakan aplikasi QR-based Visitor Log yang pertama diguna di negara ini untuk kesan kontak (contact tracing). Ia diguna semenjak 5 May 2020.

MySejahtera QR Tool (dikenali sebagai MySejahtera Check In) hanya bermula pada 2 Jun 2020.
Kalau fakta asas seperti ini anda tak halusi macam-mana nak berbincang dengan waras dan ilmiah?

Lepas itu dia menulis: “Kemudian mereka umumkan bahawa mereka lebih baik mengawal Covid. Poyo tahap gaban.”

Jika saudara teliti data Covid-19 daripada Januari 2020 sehingga berlakunya gelombang ketiga pada Oktober 2020, anda akan dapati bahawa Selangor dan STFC telah mengawal wabak ini dengan amat baik.

Sebab saudara tidak menunjukkan data untuk menyokong kesimpulan saudara yang simplistik itu, maka saya akan tunjukkan pada anda statistiknya.

Garis merah adalah kes-kes Covid-19. Bilangan kes amat sedikit di Selangor daripada Januari hingga September 2020 menunjukkan kawalan Covid-19 yang amat baik.

Tetapi ianya naik mendadak selepas Oktober 2020. Ini berlaku disebabkan beberapa dosa besar kerajaan pusat PN, Majlis Keselamatn Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

1. Mendesak dan membenarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Ini telah mengakibatkan satu peristiwa Super-Spreader (SS). SS ini satu fenomena jangkitan Covid-19 yang menular dengan laju dan ganas mengakibatkan gelombang yang paling teruk di Sabah dan yang melimpah ke Semenanjung.

Perdana Menteri sendiri mengakui PRN Sabah merupakan punca gelombang Covid-19 yang ketiga.

2.Tidak kuarantin ahli politik dan pengundi yang pulang dari Sabah. Ini menatijahkan peribadi Super-Spreader. Ada seorang ahli politik telah menjangkiti 18 orang dan seorang darinya telah meninggal dunia.

Suatu lagi dosa yang teramat besar yang dilakukan oleh PN, MKN dan KKM yang sehingga ini tidak dapat melandaikan keluk pandemik dan menyebabkan kes dan kematian yang meroket tinggi dan perkhidmatan kesihatan musnah, ialah menghentikan perkongsian data Covid-19 dengan semua negeri pada September 2020.

Yang amat terkesan ialah negeri Selangor kerana Selangkah, tanpa data nasional tidak boleh melakukan kesan kotak dengan cepat dan sempurna.

Selangkah sebelum ini, dengan kesan kontak yang berasaskan Aritficial Intelligence (AI) dan Machine Learning telah berjaya melakukan Find-Test-Trace-Isolate-Support (FTTIS) yang laju, berkesan, semua kontak rapat dijejak dan ini mempastikan kes-kes Covid-19 terkawal.

Sejak September 2020, MySejahtera merupakan ekosistem kesan kontak di Selangor.

Lonjakan kes Covid-19 yang mendadak di Selangor selepas MySejahtera mengambil alih, menunjukkan bahawa KKM gagal melakukan kesan kontak yang cepat dan berkesan.

Malahan KKM melakukan kesan kontak dengan kaedah manual kerana sistemnya tidak canggih dan pintar seperti Selangkah.

Menteri Kesihatan sendiri mengakui kelemahan ekosistem kesan kontak MySejahtera. Cubalah saudara bayangkan seorang Inspektor kesihatan yang terpaksa menelefon 400 hingga 600 orang untuk urusan kontak rapat.

Jika strategi kontak ini gagal, maka kes akan merebak di dalam komuniti menyebabkan penularan sporadik yang liar dan tidak terkawal.

Jadi saudara penulis, siapa yang “poyo tahap gaban”?

Saya rasa cukuplah sekadar ini untuk menunjukkan bahawa saudara penulis kita ini hanya layak borak kosong di kedai kopi.