Polis buka kertas siasatan ibu main ‘flying fox’ sambil dukung bayi

Oleh KIM SYAZIE

Polis kini dilaporkan telah membuka kertas siasatan susulan tular sebuah video di Twitter sejak Jumaat menunjukkan aksi tidak bertanggungjawab seorang wanita yang mendukung bayinya ketika sedang melakukan aktiviti flying fox.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat wanita terbabit mendukung anaknya dengan dua beranak itu tidak menggunakan topi keledar keselamatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang dipercayai berlaku di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

“Kertas siasatan dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 Pindaan 2006.

“Masyarakat diminta bertenang dan tidak gusar berhubung isu yang tular. Orang ramai turut diseru ntuk tampil membuat aduan ke balai polis berhampiran sekiranya mempunyai maklumat berhubung isu itu.

Baca juga: “Dia pemegang saham terbesar!”, netizen berseloroh lepas tengok ‘lokasi’ kucing ni terlelap

Baca juga: Rumah pusaka hanyut bah besar- Hari ini nenek menangis gembira dapat rumah baru yang dihadiahkan Ebit Lew