Polis sahkan ramai pempengaruh dan founder produk terlibat edar dadah

Oleh ROSLAN ZAMAN

Pihak PDRM Kelantan semalam mendedahkan majoriti pengasas produk di Kelantan yang juga influencer di media sosial terlibat dalam aktiviti haram seperti pengedaran dadah dan penggubahan wang haram.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata selepas beberapa siri tangkapan yang dibuat sebelum ini.

Katanya seperti dimuatnaik di dalam tiktok, ramai daripada mereka menggunakan modus operandi sama iaitu menggunakan perniagaan untuk menyembunyikan kegiatan jenayah.

“Kes pertama membabitkan tangkapan pengasas produk bersama dadah bernilai RM5 juta pada 2020. Bisnes nampak berjaya, namun sebenarnya menjadi topeng kepada kegiatan haram.

“Kes kedua pula pada 2021 membabitkan tangkapan usahawan kosmetik bergelar Datin atas kesalahan mengedar dadah. Mereka menggunakan modus operandi sama iaitu menggunakan perniagaan untuk menyembunyikan jenayah.

“Kes ketiga pula berkaitan sindiket dadah dikuasai ahli perniagaan di Kelantan sebagaimana dilaporkan pihak media pada tahun lalu.

“Polis mengesan ahli perniagaan yang menjadi dalang sindiket dadah di negeri ini, mereka cuci duit haram melalui perniagaan dan guna individu lain untuk mengaburi pihak berkuasa,” katanya,

Ketua Polis Kelantan itu juga memberi amaran kepada pihak yang terlibat bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka dikesan terbabit dalam kegiatan dadah.

“Undang-undang tidak mengenal pangkat atau gelaran, jika terlibat, tindakan tegas akan diambil.

“Ini amaran kami di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bahawa kami tidak akan berkompromi dengan anak muda dan influencer yang terbabit dengan jualan dadah,” katanya di Tiktok.

baca: media malaysia baharu lapor polis