Isu enam rakyat Malaysia yang ditahan di Thailand bersama 6,000 biji pil kuda mendapat perhatian ramai terutamanya ia melibatkan seorang penyanyi yang namanya sedang naik.
Disebabkan itu polis Thailand tidak menolah bahawa dengan jumlah bil kuda tersebut, ia adalah untuk diedar kepada penagih dadah di Kelantan.
Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Polis Jadsadavit Inprapan berkata, ia berdasarkan siasatan yang dijalankan terhadap enam individu tersebut lapor Harian Metro.
“Polis dari Balai Polis Sungai Golok melakukan serbuan di sebuah bilik di hotel pada hari kejadian berdasarkan maklumat mengenai aktiviti dadah yang dijalankan di lokasi berkenaan.
“Dalam serbuan yang dijalankan awal pagi 1 November itu, pasukan polis menemui pil yang diletakkan dalam tandas di bilik hotel sebelum menahan enam individu termasuk tiga wanita.
“Berdasarkan kuantiti pil kuda itu, kami percaya dadah itu bukan untuk kegunaan peribadi sebaliknya ia untuk dijual kepada penagih dadah,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan polis sudah menghantar sampel air kencing suspek, dadah dan cetakan jari asid deoksiribonukleik (DNA) untuk dianalisis.
“Sampel air kencing dihantar ke Hospital Sungai Golok dan keputusan menunjukkan kesemuanya positif dadah.
“Sementara dadah dan cap jari dihantar ke makmal di Narathiwat. Hasilnya dijangka diperoleh dalam tempoh sebulan,” katanya.
Pada masa sama, beliau menegaskan tada saksi diperlukan kerana bukti yang dikumpul sudah mencukupi.
“Tidak perlu kami mencari saksi kerana ia bukan bukti kukuh. Cukup bagi kami apabila kami menemui pil di dalam bilik dengan enam orang di dalamnya, dan kemudian semuanya diuji positif dengan pil yaba.
“Polis tidak memilih individu ketika melakukan serbuan seperti yang didakwa pihak tertentu kerana kita tidak tahu sama ada mereka orang biasa atau selebriti.
“Kami hanya menjalankan tugas membanteras kegiatan dadah seperti pihak berkuasa lain di negara lain,” tambahnya.
Kesemua suspek kini ditahan lanjut selama 84 hari di Penjara Narawathiwat.
Baca juga: Lelaki Bangladesh disyaki jadi dalang terbesar seludup minyak masak kita