Pelajar sekolah kini terbeban dengan kerja sekolah yang bertimbun daripada pelbagai subjek yang dipelajari di sekolah.
Presiden Ireland, Michael D. Higgins mencadangkan kerja sekolah dimansuhkan agar kanak-kanak boleh terdedah dengan proses kreatif lain.
Bagi Higgins, masa di sekolah dan rumah adalah pengalaman pendidikan, jadi kerja sekolah seharusnya selesai di sekolah dan tak dibawa pulang.
“Bagi saya, masa di rumah dan masa di sekolah adalah pengalaman pendidikan dan ia harus diselesaikan di sekolah.
“Orang ramai juga harus dapat menggunakan masa lapang mereka untuk perkara kreatif yang lain,” kata Higgins ketika ditemubual empat kanak-kanak.
Walaupun masih tidak jelas sama ada Higgins telah memulakan sebarang kertas kerja rasmi untuk mengharamkan kerja rumah, yang ironisnya akan menjadi kerja rumah baginya, sentimennya bergema dengan ramai peminatnya lapor Romper.
Pengguna Twitter yang juga rakyat Malaysia menyoal bila pendidikan Malaysia akan ditambah baik dan perkenal sistem setaraf dengan negara lain.
“Malaysia susah sikit, pandangan saya kerja sekolah tu kena bagi sikit je atau boleh ikut cara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ada assignment dan diberi waktu tertentu,” kata pengguna @marchforward.
Bagi Dee Lana, kerja sekolah adalah satu usaha untuk ulangkaji buat murid, bimbang jika tiada kerja sekolah, masa akan dihabiskan dengan bermain TikTok.
“Dah la budak-budak sekarang mak bapa bagi telefon pintar seorang satu, jadi kalau tiada kerja sekolah habislah, banyak masa tengok tiktok.
“Budak pun makin malas. Kalau ada homework tu ada juga usaha nak ingat atau belajar balik yang cikgu ajar. Dekat Malaysia ni kena ubah sistem pendidikan biar gempak dulu,” katanya.
Baca juga: Terkejut lauk tengahari di KL cecah RM71 walhal makan dua orang