Menjelang tarikh 26 April ini untuk Pilihanraya Kecil Dun Ayer Kuning, BN hari ini mengumumkan calon yang dianggap boleh menang.
Pengerusi BN Perak Dr Saarani hari ini mempertaruhkan Setiausaha Umno Bahagian Tapah Dr Yusri Bakir, berusia 54 tahun sebagai calon pilihan raya kecil
Dr Yusri yang memiliki ijazah kedoktoran dalam pendidikan Islam dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dan mengetuai Jabatan Pendidikan Islam sebuah maktab perguruan di Ipoh. Selain itu beliau juga merupakan pengerusi sebuah badan amal pendidikan kanak-kanak di Tapah.
Majlis itu turut dihadiri oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi BN bersama Presiden MCA Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC M Saravanan.
Pimpinan parti kerajaan perpaduan turut kelihatan, antaranya Presiden Amanah Mohamad Sabu serta pemimpin PKR Saifuddin Nasution dan Nurul Izzah Anwar.
Pada 22 februari lepas, penyandangnya Allahyarham Ishsam Shahruddin yang juga Ketua Umno Bahagian Tapah meninggal dunia. Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 April sebagai hari penamaan calon manakala pengundian dilaksanakan pada 26 April.
baca: calon Dun Perak