Barisan Nasional (BN) menang majoriti dua pertiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dengan menguasai 20 kerusi setakat jam 10.15 malam ini.
BN menguasai 20 kerusi DUN manakala Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing menang lima dan dua kerusi.
Keputusan PRN yang dilaksanakan dengan pematuhan SOP ketat dalam mencegah penularan Covid-19 itu juga menyaksikan BN merampas semula kerusi yang sebelum ini dimenangi PH.
BN menerusi calonnya daripada MCA, Ngwe Hee Sem merampas DUN Machap Jaya daripada PH dengan majoriti 909 undi.
Calon tunggal MIC, P Shanmugam turut melakar kejayaan di DUN Gadek selepas mengetepikan calon PH daripada DAP, G Saminathan dengan majoriti 559 undi.
Pada PRU-14, 2018 lalu, BN menang 13 kerusi DUN Melaka.