Pilihan Raya Negeri Dun Pulau Pinang yang dicadangkan DAP baru baru ini masih belum mendapat “green light” dari dua rakan Pakatannya.
Walaupun Amanah dilihat akur dan bersetuju untuk menyokong Dun dibubarkan dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih
kerajaan negeri yang baru namun PKR sebaliknya dilihat berat untuk menerima cadangan itu berdasarkan risiko kehilangan beberapa kerusi mereka kerana pertandingan tiga penjuru termasuk Pas.
Kebimbangan PKR ada asasnya, kemungkinan PKR hilang beberapa kerusi yang dimenangi mereka pada PRU13 lalu adalah hampir pasti sekiranya tiga penjuru berlaku,apatah lagi Umno masih menguasai 2/3 undi melayu Pulau Pinang, ia adalah risiko yang sama dilalui Pakatan Selangor setelah Langkah Kajang dilaksana.
Kita mungkin lupa Langkah Kajang yang dilaksanakan di Selangor demi menyesaikan konflik dalaman PKR hampir menyebabkan kerajaan Pakatan Selangor jatuh ke tangan Barisan Nasional.
Ini berlaku apabila ada pihak dalam Pakatan dipercayai cuba untuk mewujudkan kerajaan baru bersama Umno kerana enggan menukar menteri besar sedi ada kepada Datuk Seri Wan Azizah.
Pendedahan Husam Musa waktu itu berkenaan kerjasama politik Pas-Umno membentuk kerajaan baru di Selangor mengukuhkan lagi dakwaan itu.
Walaupun usaha itu kemudiannya digagalkan apabila dua Adun (kini menyertai Amanah) menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah, namun hakikatnya risiko itu berlaku dan ia berlalu.
Yang berhadapan dengan risiko ini ketika itu bukan hanya PKR tetapi juga rakan Pakatannya termasuklah DAP.
Jelas sekiranya tiada sokongan dari DAP ketika kemelut kerajaan negeri Selangor, ditambah dengan bantahan keras dari Pas, Langkah Kajang akan menemui kegagalan sepenuhnya.
Sekarang, yang berhadapan isu dan masalah adalah DAP, dengan kemungkinan ketua menteri Pulau Pinang akan ke penjara akibat dakwaan rasuah berkaitan pembelian banglo dibawah harga pasaran, DAP harus merencana sesuatu untuk mengekalkan kestabilan kerajaan negeri dan memperkukuh kedudukan parti mereka.
Di sini PKR dan Amanah perlu menunjukkan sikap setiakawan mereka,dan sama sama mengambil risiko untuk sekali lagi berdepan Umno Barisan Nasional dan sekutu sekutu mereka demi rakan mereka.
Tidak wajarlah DAP dibiarkan sendirian meneruskan survival parti mereka.
Di sini juga kita perlu melihat pada kepentingan yang lebih besar,iaitu melihat Pakatan Harapan bersatu, perpecahan dengan Pas bukan lagi isu sekiranya Pakatan baru dapat meyakinkan rakyat bahawa Pakatan ada dan bersatu untuk rakyat,bukan untuk kepentingan parti sendiri mahupun kepentingan individu.