Bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) Datuk Dr Khairuddin Aman Razali meletakkan keyakinan bukan sahaja kerajaan Pas Kelantan akan terguling, Terengganu pun akan turut sama tumbang dalam pilihan raya akan datang.
Melalui catatan penulis Mohd Sayuti Omar di facebooknya bekas pimpinan Pas itu tidak memperincikan faktor kejatuhan beliau hanya minta untuk sama-sama tunggu perkembangannya nanti.
Sayuti berkata, Khairuddin menyatakan keyakinan itu sebagai menepis pandangannya yang menyatakan kerajaan Pas di Kelantan sukar untuk dijatuhkan.
“Tidak sheikh bukan sahaja Pas Kelantan terguling kali ini, tetapi Terengganu juga,” ujarnya Khairudin dengan yakin kepada beliau.

Kata Sayuti, Khairuddin mempunyai maklumat yang boleh dipercayai mengenai hal itu dan ianya sungguh menarik.
Ditanya macam mana dengan nasibnya di kerusi Parlimen Kuala Nerus bekas menteri Perusahawan, Peladangan dan Komoditi itu tidak mahu membuka mulut mengenai itu tetapi dilihat kepada bahasa badannya beliau seperti ada perancangan tersendiri.
“Apakah beliau akan beegerak secara solo atau akan menyertai mana-mana kumpulan politik,” soal Sayuti.
Khairuddin dipecat sebagai anggota jawatankuasa Pas Pusat tidak sampai dua bulan selepas dilantik kerana dilihat lebih cenderung terhadap kerjasama politik dengan Umno berbanding Bersatu.
Sedangkan Pas melalui dua PRN Johor dan Melaka, Umno dilihat semakin menjauh dengan Pas setelah berpatah arang berkerat rotan dengan Bersatu.
Baca juga: Siasat dakwaan penjualan data peribadi 22 juta rakyat Malaysia