Kebanyakan pergaduhan boleh dileraikan tanpa perlu menggunakan kekerasan fizikal namun ada juga memilih untuk melakukan ia.
Tular satu video pergaduhan di mana seorang lelaki berbaju biru memukul mangsa yang juga lelaki berusia 52 tahun sehingga rebah di atas jalan raya.
Polis memaklumkan sudah menahan suspek yang terlibat dalam kejadian di Cheng, 27 Mac lalu.
Suspek berusia 27 tahun dilihat memukul mangsa menggunakan topi keledar sehingga rebah lapor Berita Harian.
Susulan itu Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit memaklumkan pihaknya sudah mengesan video berdurasi 17 saat yang tular di media sosial.
Jelasnya siasatan awal mendapati ada seorang individu memuat naik kejadian pergaduhan di persimpangan masuk Taman Cheng Utama dengan satu laporan dibuat bagi siasatan lanjut.
“Pergaduhan dikatakan berpunca perselisihan faham atas jalan raya yang akhirnya membawa insiden fizikal dengan suspek bertindak memukul mangsa menggunakan topi keledar.
“Mangsa hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk berjumpa pegawai penyiasat bagi memberikan keterangan lanjut,” katanya.
Dalam pada itu, Christopher memaklumkan, pihaknya sudah menahan suspek dan dalam proses merampas sebuah motosikal, topi keledar serta pakaian dipakainya semasa kejadian untuk tujuan siasatan.
“Rakaman percakapan mangsa akan diambil bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.
Baca juga: Ustaz Azhar Idrus jelaskan hukum pakai baju baru, cantik sempena sambutan Hari Raya