Pukul OKU di pasar tani, 3 lelaki ditahan

Oleh MALAYSIADATELINE

Zaman sekarang ramai memilih untuk menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan masalah dan bukan perbincangan secara baik.

Tular kes seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul selepas dia terlanggar satu gerai hingga menyebabkan barangan jualan peniaga tersebut tertumpah.

Tidak berpuas hati, mereka yang di tempat kejadian memukul mangsa dipukul ohingga cedera lapor Buletin TV3.

Mangsa yang juga mengalami ketidakupayaan mental dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan sebagai pesakit luar.

Disebabkan itu polis telah menahan tiga lelaki berhubung kejadian yang berlaku di tapak jualan pasar tani di Terengganu, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhammad Wan Jaafar, berkata suspek ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman sekitar jam 8 malam.

“Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 60 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Baca juga: Penduduk kampung kaya raya selepas bilionair bagi wang tunai RM6,000 seorang