Pulau Pinang punyai unit PPR paling rendah daripada 100,000 unit seluruh negara

Oleh KIM SYAZIE

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memohon untuk membina lebih banyak Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan berharap 2erajaan Pusat dapat memberi pertimbangan bagi pembinaan projek perumahan tersebut.

Menurut Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo, setakat ini Pulau Pinang merupakan negeri yang paling rendah mempunyai unit perumahan PPR seluruh negara.

“Sehingga ini Pulau Pinang hanya mempunyai sebanyak 999 unit perumahan PPR daripada 100,000 unit PPR yang ada di seluruh negara.

“Malah kerajaan negeri telah pun menyenaraikan sebanyak lima buah lagi tapak pembinaan projek perumahan tersebut bagi setiap daerah di Pulau Pinang dengan keluasan 72.3 ekar setiap daerah terbabit.

“Kita amat berharap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempertimbangkan cadangan kerajaan negeri secepat mungkin kerana isu perumahan merupakan isu penting bagi rakyat negeri ini,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri telah mengenal pasti sebuah lagi projek PPR di Teluk Kumbar bagi
kawasan daerah Barat Daya serta memohon tiga lagi projek PPR baharu yang akan dipertimbangkan tidak lama lagi.