Pulau Pinang tidak akan bubar DUN sekiranya PRU diadakan masa terdekat

Oleh NASUHA RAHMAN

Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun pilihan raya umum (PRU) diadakan dalam tempoh terdekat.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri tidak akan membubarkan Dun sekiranya diadakan PRU dalam. waktu terdekat sepertimana yang hangat diperkatakan ketika ini.

“Kerajaan negeri mempunyai hak bagi membuat keputusan bilakah pilihan raya akan dibuat serta kita tidak harus mengikut peringkat nasional seandainya PRU akan dilaksanakan.

” Menurut Perlembagaan Negeri dan juga Persekutuan telah pun menyatakan bahawa kerajaan negeri mempunyai hak bagi memutuskan bilakah PRU akan diadakan dan kita akan membuat keputusan kita sendiri.

Pulau Pinang tidak akan bubar DUN sekiranya PRU diadakan masa terdekat
Selepas menang di Melaka dan Johor Umno tidak habis-habis desak segerakan PRU15

“Selain dari itu kerajaan Pusat harus segera melaksanakan beberapa pindaan undang-undang bagi membolehkan pemilihan parti politik dilaksanakan melalui proses pengundian secara atas talian kerana ia masih lagi terikat dengan Perlembagaan Persekutuan,” tegas beliau selepas ucaptama forum SME CEO di Georgetown hari ini.

Terdahulu, Pakatan Harapan (PH) menegaskan tiga negeri di bawah tampuk pimpinan gabungan itu tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga penggal pentadbiran tamat, senada dengan pendirian PAS awal hari ini.

Keputusan tersebut diambil dengan mengambil kira kesukaran keadaan ekonomi rakyat akibat pandemik Covid-19, bencana banjir dan kos sara hidup yang meningkat secara mendadak.

Baca juga: https://malaysiadateline.com/kos-2-prn-rm140-juta-pru15-sudah-tentu-lebih-rm1-billion-tidak-wajar-wang-rakyat-dibazirkan/