Sering terkenal dengan kumpulan penyanyi popular yang mengungguli carta Billboard, siapa sangka negara ini mempunyai kadar kelahiran terendah.
Lebih mengejutkan jumlah penduduk negara itu pula menurun hampir satu peratus pada setiap tahun dalam tempoh tiga tahun lalu.
Menurut agensi berita UPI, satu syarikat pembinaan di Korea Selatan menawarkan bonus sebanyak 100 juta won (RM359,818) kepada pekerja yang melahirkan anak.
Ini adalah bertujuan bagi membantu negara itu memulihkan kadar kesuburannya yang sangat rendah.
Syarikat di Seoul itu dikatakan mengadakan satu majli untuk menyerahkan insentif sebanyak 7 bilion won (RM3.59 juta) kepada 70 bayi yang dilahirkan pekerjanya sejak 2021.
“Jika kadar kesuburan yang rendah berterusan, negara kita boleh menghadapi krisis bilangan penduduk dalam tempoh 20 tahun.
“Kadar kelahiran yang rendah dipercayai berpunca daripada beban kewangan berhubung membesarkan anak serta kesukaran untuk mengekalkan keseimbangan antara kerja dengan keluarga.
“Itulah sebab mengapa kami memutuskan untuk memperkenalkan faedah istimewa ini,” kata Pengerusi Syarikat Booyoung, Lee Joong-keun dalam majlis tersebut.
Kadar kesuburan di Korea Selatan juga didakwa menyusut pada tahun lepas apabila bagi setiap 100 wanita, hanya 72 bayi dilahirkan.
Baca juga: Gara-gara kantoi menyondol suami orang, gelaran ratu cantik ini ditarik balik!