“Punyalah nak perhatian, isteri aku siap mengaku dia ‘childfree’ sedangkan kami dah ada anak 3…”

Oleh MAISARAH AISYA

Dalam dunia digital hari ini, semakin ramai yang mencipta persona palsu semata-mata untuk meraih perhatian di media sosial.

Ada yang sanggup mereka-reka cerita, bersembunyi di sebalik profil ‘private’, dan mencipta dunia maya yang jauh menyimpang dari realiti.

Seorang lelaki terpaksa menanggung malu gara-gara isterinya sendiri yang gemar mengarang kisah dramatik di media sosial demi mendapatkan perhatian orang ramai.

Di bawah adalah kisah yang diambil dari portal luahan perasaan dalam talian.

Saya adalah seorang penjawat awam berumur awal 30 dan sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak lelaki.

Isteri saya tidak bekerja dan sudah pulang tinggal bersama keluarga saya di negeri P. Saya bekerja di negeri K. Masa saya banyak dihabiskan dengan kerja. Dengan sentiasa oncall, locum dan sebagainya.

Saya memang tidak sempat buka media sosial dan baru-baru ini kawan saya ada menghantar tangkap layar komen isteri saya dimana-mana page, profile Facebook orang yang entah siapa.

Sudahlah menggunakan nama penuh, dp profile ada wajah saya sekali tapi dia ‘locked profile’.

Dia gemar membuat komen di akaun influencer agak terkenal dan mengelarkan lelaki itu abang. Influencer itu tidak layan dia pun tapi dia masih tetap menempel di situ.

Baru-baru ini ada sahabat bagi tangkap layar isteri saya komen mengenai ‘child free’ dan dia mengaku kononnya dia mengamalkan child free walhal anak kami dah tiga orang.

Belum lagi isteri saya komen yang kononnya dia wanita bekerjaya. Kerja yang pelbagai mengikut situasi isu yang digosipkan.

Bayangkan, sekejap jadi engineer, kejap jadi inspektor kesihatan, kejap jadi manager kilang, pakar pemakanan, pakar pediatrik, ejen insurance dan entah bermacam lagi jenis pekerjaan.

Pernah tu dia bergaduh dengan mat ‘rempit’ terus lepas tu dia komen dia bekas ‘rempit’, konon saudara mara ramai jadi ratu cantik zaman dahulu kala, pernah jadi jurulatih sukan bergaduh di gym,

Walhal isteri saya ni kerjanya hanyalah makan dan main phone sahaja dan dengan berat hampir 85kg.

Tergamak dia menipu di media sosial kononnya aktiviti wajib hari-hari adalah jogging hampir 7.5km setiap hari.

Siap menipu berat dia 60kg dengan ketinggian 162cm walhal itu semua dusta belaka. Saya tak tahu apa yang dia buat. Isteri saya memang tiada kawan di dunia luar kerana perangai dia yang sebegitu.

Bila saya suruh kurangkan menjadi ‘delusional’, dia marah. Dia cakap di media sosial tak apa nak menipu sekali sekala, bukan orang tahu pun.

Saya jadi malu kerana sedikit sebanyak nama saya terpalit sama. Yang paling jelik, dia juga gigih berkawan dengan akaun yang pelik. Sama-sama join mencerca netizen lain.

Baca juga: