“Punyalah sayang dengan menantu, mak sanggup buat ‘loan’ sampai RM10k, jadi hamba abdi…”

Oleh MAISARAH AISYA

Kadang-kadang ada sebab anak memberi nasihat buat ibu bapa yang sudah tua kerana tidak mahu melihat mereka terpaksa bekerja di usia tua.

Masih ada yang hidup menggunakan duit mak bapa walaupun anak sudah berderet, usaha sendiri tidak mahu dilaksana.

Seorang wanita kecewa dengan sikap ibunya yang terlalu memilih kasih untuk anak dan mentuanya hingga sanggup menjadi hamba abdi.

Selepas kehilangan arwah ayah yang tercinta pada tahun 2022, lepas satu, satu kejadian menimpa keluarga kami. Allah tunjuk satu persatu sehinggalah ke hari ini. 

Bermulalah kisah di mana lepas arwah ayah tak ada, mak saya tinggal bersama anak dan menantu dia.

Memang mereka duduk bersama dari dulu lagi lah senang cerita. Saya dan adik beradik lain pun sudah berkahwin dan duduk asing-asing.

Si anak penagih, si menantu sekejap kerja sekejap tak kerja. Mereka memang dari dulu hingga ke harini mereka tak habis-habis nak menyusahkan mak saya.

Sampai mak saya sanggup jadi hamba abdi mereka kerana takut kepada mereka. Saya dan adik beradik yang lain fikir, bila arwah ayah sudah tak ada, kami mengharapkan si anak dan menantu kesayangan.

Rupanya tolong menghabiskan beras orang tua saja. Hari-hari minta duit, segala bil ditanggung mak saya, anak pun mak yang jaga sebab mereka sibuk berfoya-foya.

Selepas itu, bila saya dan adik beradik yang lain menegur, mak saya tak boleh terima, kalau orang lain semua tak betul.

Tapi kalau anak menantu kesayangan dia ni semua bagus, semua baik, semua elok. Siap pesan pada kami jangan pernah sebok2 hal mereka. 

Bila si anak dan menantu tahu arwah ayah ada tinggalkan tanah yang mahu dijual, mereka sudah pergi pinjam ahlong sana sini.

Dengan yakin mereka cakap jika dapat duit tanah tu, mereka akan bayar balik pada ahlong. Tetapi Allah sekat rezeki tu kerana tanah itu tidak terjual. 

Buat pinjaman bank

Selepas itu saya dapat tahu mak saya banyak simpan rahsia. Rupanya dia ada buat pinjaman bank dalam sepuluh ribu, kononnya untuk diri sendiri.

Tapi sebenarnya untuk tolong si anak menantu kesayangan bayarkan hutang ahlong tiga ribu.

Kemudian saya juga dapat tahu si anak kesayangan kena tangkap sebab kes dadah, dia juga keluar duit tiga ribu bayar jamin, itu pun bercampur dengan guna duit raya cucu-cucu dia (anak kepada si anak menantu kesayangan tu).

Saya banyak kali paksa mak saya jujur tapi mak saya tutup mulut dan menafikan hal itu. 

Macam mana lagi saya mahu buat, mak saya sudah tua sampai bila dia nak kena tanggung semua.

Sudahlah rumah pun tak habis bayar lagi, kereta lagi, ditambah pula bayar pinjaman bank bulanan selama enam tahun,

Umur mak saya tujuh puluh tahun baru habis bayar bank, si anak menantu enjoy saja tak perlu pening fikir mana mahu keluar duit, sebab mak saya lah yang bayar segalanya.

Saya kesian dengan mak saya, saya tawar dia untuk meniaga, saya tolong mak saya, sambil-sambil tu saya boleh melihat gelagat si anak menantu kesayangan ni.

Wahhh bila mereka dapat tahu mak saya nak meniaga mereka senyum lebar ye, sebab boleh minta duit hari-hari, kadang tak perlu minta pun mak saya akan bagi diam2.

Tiba-tiba mak saya beritahu si menantu kesayangan nak berhenti kerja dengan alasan gaji lambat, aikkkkk sudah kerja berapa lama baru sekarang nak cakap gaji lambat.

Mak saya sudah kena bodoh-bodoh dengan anak menantu kesayangan dia, tapi mak saya tetap sayang. Penat nak nasihat.

Baca juga: “Isteri kantoi curang masa tengah hamil, tergamak dia pisahkan aku dengan anak lepas kami cerai”