Kawasan Sekinchan, Selangor hari ini dibadai dengan puting beliung yang kuat sehingga menyebabkan beberapa rumah dan premis kedai habis rosak teruk.
Kejadian yang berlaku di Parit 4 Sekichan itu menyebabkan penduduk mula panik dengan bencana yang sangat jarang berlaku di kawasan itu.
Penduduk sekitar sempat merakam bencana itu dan memuatnaik ke dalam media sosial sehingga menjadi tular.
Menerusi video itu, kejadian tersebut bermula dengan hujan lebat dan angin kencang yang kemudiannya menghasilkan pusaran puting beliung. Beberapa gerai dan bumbung rumah diterbangkan tatkala pusaran angin itu makin kuat.
Anggota keselamatan dan bomba tiba di tempat kejadian sebaik puting beliung reda.
baca: Akhirnya beras tempatan dah ada di pasar raya pada Ramadan pertama