Radin Era dedah pernah ada koleksi kasut sampai 800 pasang, hampir separuh dah dijual semula

Oleh KIM SYAZIE

Pengacara dan penyampai radio Era, Radin mendedahkan pernah mempunyai sehingga 800 pasang kasut yang disimpan sebagai koleksi.

Menerusi video di TikTok, Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani berkata, dia tidak menyangka koleksi kasutnya sebanyak itu dan memilih untuk menjual sebahagian daripadanya.

Menurut Radin, tidak semua koleksi kasut itu dibelinya, ada juga yang dia terima daripada pemberian orang lain.

“Ada yang bagi, ada yang dapat, ada yang beli. Pernah satu moment tu saya kira, saya ada 800 pasang. Sebab itu, ia itu membantu saya untuk membuat jualan.

“Sekarang dah kurang, jadi 400 lebih kot. Selain jual, bagi orang, kasut itu koyak. Bukan koyak apa, dia rosak. Tapak kasut kalau lama kita tak pakai, tambah-tambah kasut kulit, dia akan lekang,” katanya dalam podcast bersama aktres, Amelia Handerson.

Tambah pengacara berusia 32 tahun itu, rumahnya juga seperti ‘bundle’ kerana terlampau banyak kasut yang ada.

Baca Artikel Penuh